BABAK SATU:
Drama ini bermula dengan memaparkan kisah kehidupan Imran yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata dan bakal mendapat seorang cahaya mata seorang lagi. Namun disebalik perkahwinan yang bahagia itu, terselit sebuah kenangan silam Imran, iaitu Imran sebelum ini telah mempunyai teman wanita sebelum Imran berkahwin dengan Hayati. Tetapi kenangan tersebut telah lenyap dari kotak ingatan Imran selepas berlakunya kemalangan yang melibatkan Imran bersama teman wanitanya dahulu di jalan raya. Namun, dalam kegembiraan Imran melayari kehidupan bersama isteri dan anak tersayang, teman wanitanya yang lama telah muncul kembali dalam hidup Imran.
BABAK DUA;
Imran dan Asma akhirnya berjumpa semula, masing-masing bertanya khabar. Namun kehidupan Imran jauh lebih baik dan bahagia dari Asma, Asma hanya hidup sebatang kara,mak dan ayahnya telah meninggal dunia manakala adiknya sakit mental akibat tidak dapat menerima kenyataan bahawa mak dan ayahnya sudah meninggal dunia. Imran berasa bersalah kerana telah mungkir janji dengan Asma, dan Imran ingin menebus janjinya dengan Asma dahulu iaitu akan jadikan Asma sebagai isterinya. Disebabkan kemalangan itu, Asma telah sakit dan janji Imran pada Asma pada masa itu akan berkahwin dengan Asma selepas sembuh dari kecederaan tersebut, Namun selepas kemalangan itu, Imran sudah mencari Asma di merata tempat tetapi tidak juga ditemui. Dan selepas dari itu hubungan mereka berdua putus tanpa khabar berita. Tetapi dalam kegembiraan Imran bersama keluarganya Asma telah wujud semula dan bertanya akan janji Imran terhadapnya dulu.
BABAK TIGA:
Suatu pagi Norasma bertemu dengan Dr. Mona kerana ada temujanji antara doktor dengan pesakit. Norasma bersembang dengan Dr. Mona dan dia menyatakan perasaannya yang tidak tentu hala dan dia selalu memikirkan dirinya tiada harapan lagi untuk hidup seperti orang biasa, namun Norasma ditenteramkan oleh Dr. Mona. Selepas merawat Norasma, Dr. Mona terserempak dengan Norhayati dan mereka berdua bersembang sekejap seblum masing-masing beredar pulang.
BABAK EMPAT:
Imran bermain dengan perasaan sendiri, iaitu antara janjinya ingin berkahwin dengan Norasma dan hidupnya yang telah bahagia dengan isterinya Norhayati dan cahaya matanya.
BABAK LIMA:
Yati menelefon Dr. Mona supaya datang ke rumahnya. Norhayati tidak mempunyai niat jahat dengan memanggil Dr. Mona kerana kerisauannya terhadap perubahan sikap Imran sejak akhir-akhir ini. Yati tiada tempat untuk mengadu, dengan itu Dr. Mona tempat Norhayati meluahkan perasaan dan tempat berkongsi masalah yang dihadapi.
BABAK ENAM:
Imran bertemu dengan Zahid. Pada masa itu, Zahid telah berterus terang terhadap komitmen Imran terhadap pekerjaannya yang agak menurun sedikit berbanding sebelum ini. Sehubungan itu, Imran telah menjelaskan perkara yang bersarang di mindanya dan Zahid telah menasihati Imran supaya menyelesaikannya dengan cara baik dan masalah sebegitu tidak boleh menyebabkan kerja lain juga tertunggak, selain itu Zahid menegur agar, supaya menjelaskan perkara yang sebenarnya kepada Yati, agar Yati tidak merasa curiga terhadap Imran, ini kerana Norhayati seorang isteri yang baik kata Zahid.
BABAK TUJUH:
Pada suatu petang, Imran dan Yati keluar bersia-siar di tepi pantai, dalam pada masa yang sama Imran telah menjelaskan kepada Norhayati permasalahan yang dihadapinya, Imran telah menceritakan segala-galanya tentang dia dan Norasma. Norhayati teramat sedih namun Norhayati tabahkan hatinya untuk mendengar penjelasan suaminya, Yati sedih mendengar cerita apa yang telah berlaku pada Imran tapi pada masa yang sama Yati juga buntu dengan janji Imran terhadap wanita tersebut, namun bagi Imran, dia berasa bersalah terhadap janjinya terhadap Norasma sekiranya tidak ditunaikan.
BABAK LAPAN:
Norasma dan Imran berjumpa buat kali kedua, Imran telah memberitahu kepada Norasma bahawa Yati telah pun mengetahui tentang peristiwa lampau mereka berdua tetapi Norasma begitu terkejut dengan tindakan Imran memberitahu perkara tersebut kepada Yati. Sehubungan itu, Imran ingin mengahwini Norasma dan berharap Norasma memaafkannya dengan mengambil Norasma sebagai isterinya. Namun, Norasma tidak sanggup berbuat sedemikian kerana Norasma tidak sanggup untuk melukakan perasaan Yati dan anak kecil itu. Justeru, dari dulu lagi Norasma telah pun memaafkan Imran dan bagi Norasma kisah silam mereka berdua dahulu telah Asma lipat dalam sejarah hubungan mereka berdua. Sehubungan itu, Norasma tidak mahu hidup seperti menggapai pelangi iaitu hanya dapat dilihat namun tidak dapat dimiliki dan dipegang untuk selamanya.
BABAK SEMBILAN:
Yati berjumpa dengan Dr. Mona dan meluahkan perasaannya yang teramat pedih dan sedih. Dr. Mona cuba sedaya mungkin menasihati dan memberi kata semangat kepada Yati agar lebih tabah dan bersemangat dengan ujian dari Yang Maha Esa.
BABAK SEPULUH:
Imran berjumpa dengan Zahid dan masih menyatakan niatnya ingin mengahwini Asma disebabkan janji masa lampau. Namun Imran tidak memikirkan perkara yang akan berlaku dihadapan kelak. Namun cuba menasihati Imran agar tidak terburu-buru membuat keputusan dan memikirkan kesan terhadap keputusan yang dibuat secara terburu-buru itu. Selepas itu, Zahid telah menjelaskan kepada Imran, kecelakaan yang menimpa Imran sebenarnya ada sebabnya. Kata Zahid mungkin sebabnya Imran dan Norasma masa dulu selalu berdua-duaan, kalau mengikut landasan agama, Imran dan Norasma telah melakukan maksiat dengan itu balasannya menyebabkan kemalangan yang tidak diingini telah berlaku terhadap mereka berdua. Namun, Imran masih tetap dengan niatnya ingin berkahwin dengan Norasma, tetapi Zahid cuba menasihati Imran dengan cara baik dengan menyuruh Imran bertaubat dan buka lembaran baharu dalam hidup Imran dengan keluarga yang sudah dibina dengan kebahagiaan. Akhirnya, Imran akur dan ikut segala nasihat daripada Zahid.
BABAK SEBELAS:
Yati telah pulang ke kampung sempena cuti persekolahan sambilmengambil peluang untuk menenangkan hati dan perasaan yang berkecamuk. Pada masa yang sama, Imran telah mencari Yati di setiap tempat dan akhirnya jumpa di kampung juga. Selepas itu, Imran telah menjelaskan kepada Yati dan menyatakan keputusan yang sewajarnya telah dibuat. Namun Yati menerimanya dengan reda dan menghormati apa pun keputusan suaminya itu. Yati menyangkakan suaminya akan berkahwin dengan wanita tersebut. Tetapi dari mulut Imran sendiri Yati mendengar bahawa Imran dan Asma akan ikut haluan masing-masing untuk bartaubat dan Asma akan ke Makkah dan Imran selamanya bersama isteri tersayang dan cahaya matanya. Akhirnya, Yati amat terharu dengan keputusan Imran. Mereka berdua saling berpandangan dan tersenyum.