SELAMAT DATANG...

Sunday, 16 December 2012

PENGAJARAN

1) KITA HENDAKLAH MENGHORMATI KEPUTUSAN YANG SUAMI KITA
     BUAT,
     - Sebagai seorang isteri haruslah menghormati setiap keputusan yang dibuat 
       oleh si suami, sehubungan itu dalam drama ini dapat kita lihat Norhayati 
       menghormati setiap keputusan yang Imran buat dan reda dengan 
       keputusan tersebut.

2) HENDAKLAH BUAT KEPUTUSAN YANG SEWAJARNYA,
     - Dalam kehidupan kita ini sebagai manusia mestilah bijak membuat keputusan 
        sekiranya keputusan yang dibuat salah ia akan merosakkan hubungan yang 
        dibina selama ini, dengan itu
     - Dalam drama ini Imran telah dinasihati oleh Zahid supaya buat keputusan
        yang sewajarnya sebelum membuat keputusan dibuat. Imran seharusnya 
        memikirkan kesan di kemudian hari.

3) KITA MESTILAH BERFIKIRAN POSITIF DAN TERBUKA.
     - Kita sebagai hamba Allah seharusnya bersifat baik iaitu kita mestilah hidup 
        berfikiran positif dan terbuka agar kita dipandang mulia oleh masyarakat lain.  

NILAI MURNI

1) BAIK HATI,
     - Norhayati baik hati memaafkan Imran selepas Imran menjelaskan tentang kisah 
        lampau Imran dengan Norasma. Sebaliknya Norhayati menerima dengan reda atas 
        perkara yang terjadi.

2) BERTANGGUNGJAWAB,
     - Imran seorang suami yang bertanggungjawab ke atas isterinya iaitu
        terhadap Norhayati, ini dapat dibuktikan dengan Imran selalu menjemput 
        Norhayati pulang dari mengajar di sekolah dan pergi mengambil 
        anaknya di rumah pengasuh selepas habis waktu bekerja.

3) KASIH SAYANG,
     - Imran sanggup mengahwini Norasma walaupun dia sudah berkahwin 
       dengan Norhayati  ini kerana sayangnya pada Norasma masih ada dan 
       janjinya pada Norasma masih dia ingat, sehubungan itu juga Imran teramat
       sayang akan isteri dan anaknya juga.

4) RELA BERKORBAN,
      - Norhayati sanggup berkorban untuk suaminya dengan membenarkan 
         suaminya berkahwin dengan Norasma walaupun hatinya begitu sakit dan 
         terluka dengan permintaan Imran yang terlampau tinggi sehinggakan 
         Norhayati tidak sanggup lagi berbuat sedemikian.

5) BERFIKIRAN TERBUKA.
      - Norasma tiada niat untuk merosakkan hubungan mereka berdua sebaliknya 
         Norasma  tumpang gembira dengan kebahagiaan yang dimiliki oleh Imran.
    

GAYA BAHASA

1) DIKSI

     (i) BAHASA ARAB: 
          - Iaitu penggunaan bahasa Arab,
          - Contohnya: Assalamualaikum dalam bahasa Arab yang bermaksud 
             Selamat sejahtera.  Alhamdulillah bermaksud segala pujian bagi Allah.

     (ii) BAHASA INGGERIS:
          - Iaitu terdapat banyak penggunaan perkataan bahasa inggeris dalam 
            drama ini ialah Success, challenge, klien, coffee, stretcher, discharge,
            shopping, off mike, appointment, patient, direct.

     (iii) BAHASA PERBANDINGAN:
              
               1) PERIBAHASA
                    - Nasi sudah menjadi bubur, iaitu pada muka surat 298.

               2) SINKOF
                    - Iaitu penyingkatan perkataan, dalam drama ini terdapat banyak 
                       penyingkatan perkataan.
                    - Contohnya, abang disingkatkan kepada bang, engkau disingkatkan
                       jadi kau, aku jadi ku, dan sebagainya.

               3) SIMILE
                    - Contohnya: iaitu pada muka surat 299.
                               Norasma: (sebak) Tak apalah Imran.. macam mana pun, 
                                                  hari ini aku gembira sebab dapat tahu kau hidup 
                                                  bahagia. Bagi aku biarlah kuteruskan hidup 
                                                  seperti ni selagi mampu....   

     (iv) KATA GANDA
             - Contoh yang dapat kita lihat dalam drama ini ialah pada:
                1) muka surat 298, ialah kata ganda jumpa-jumpa,
                2) muka surat 292 ialah laju-laju, elok-elok, kuat-kuat,
                3) muka surat 314 baik-baik, ciri-ciri.

Thursday, 6 December 2012

LATAR MASYARAKAT

LATAR MASYARAKAT:

1) MASYARAKAT YANG BAIK HATI DAN BERFIKIRAN TERBUKA,
  • Norhayati digambarkan seorang yang baik hati kerana memaafkan Imran yang telah merahsiakan peristiwa dengan Norasma.
2) MASYARAKAT PENDIDIK ATAU GURU,
  • Iaitu diwakili oleh watak Norhayati yang bekerja sebagai seorang guru di sebuah sekolah, Yati digambarkan seorang guru yang cemerlang dan baik.
3) MASYARAKAT KAMPUNG,
  • Iaitu diwakili oleh Norhayati, iaitu Norhayati pulang ke kampungnya sempena cuti sekolah untuk menenangkan fikirannya yang bercelaru itu.
4) MASYARAKAT YANG MASIH MENGAMALKAN CARA TRADISIONAL,
  • Keluarga Imran dan Norasma masih lagi mengamalkan cara kampung iaitu mereka membawa Imran dan Norasma berubat secara tradisional di kampung masing-masing. Walaupun pihak hospital telah merawat mereka berdua selepas kemalangan itu.
5) MASYARAKAT BERKERJAYA,
  • Imran pekerja di sebuah Firma Swasta dan dapat kita lihat juga pada watak Norasma juga seorang yang bekerjaya iaitu Norasma bekerja sebagai eksekutif pemasaran di Johor Bahru. Sehubungan itu dapat juga kita lihat pada watak Dr. Mona yang bekerjaya juga sebagai seorang doktor untuk merawat pesakit-pesakitnya. 
6) MASYARAKAT YANG BELAJAR DI UNIVERSITI.
  • Latar masyarakat yang belajar di universiti ini diwakili oleh watak Imran, Norasma, Norhayati dan Dr. Mona. Mereka pernah belajar di universiti sebelum melangkah ke alam pekerjaan mengikut bidang masing-masing.    

LATAR MASA

LATAR MASA:
  • 12.30 Tengahari, Dimana Imran Norasma berjumpa setelah sudah lama mereka tidak bertanya khabar, apabila Norasma muncul semula dalam Hidup Imran.
  • 4 Tahun Lepas, Emak dan Ayah Norasma telah meninggal dunia, iaitu mulanya emaknya meninggal disebabkan demam panas dan tidak sampai setahun selepas itu ayahnya pula sakit jantung.
  • Sudah setahun lebih, Iaitu sudah setahun lebih adik Norasma pula meringkuk di dalam pusat serenti disebabkan adiknya tidak dapat menerima kenyataan yang emak dan ayahnya telah meninggal dunia.
  • Tiga, empat tahun selepas kemalangan, Iaitu pada waktu itu Imran sudah puas mencari Norasma, sudah beberapa tahun Imran mencari Norasma tetapi tidak berjumpa.
  • Empat hari selepas kemalangan, Iaitu waktu dimana selepas kemalangan, Imran telah menziarah Norasma di hospital, tetapi sesampai Imran di hospital, Norasma sudah tiada di situ kerana sudah dipindahkan ke tempat lain.
  • Setahun lebih berubat, Dalam waktu itu, keadaan Norasma sudah kembali pulih, ingatan Norasma telah pulih daripada kesan kemalangan tersebut.
  • Dua, tiga hari, Iaitu hanya dua, tiga hari sahaja Norasma tumpang rumah kawannya.
  • Waktu pagi, Iaitu waktu Norasma berjumpa dengan Dr. Mona untuk pemeriksaan kesihatannya.
  • Pukul 11 pagi, Dr. Mona ada temujanji dengan pesakitnya.


Thursday, 29 November 2012

WATAK DAN PERWATAKAN

IMRAN:

  • Imran berusia 30-an, merupakan suami kepada Norhayati dan merupakan bekas kekasih Norasma semasa mereka belajar bersama-sama semasa di IPTA.  
           1) SEORANG YANG BERTANGGUNGJAWAB,
                -Bukti yang menunjukkan Imran seorang yang bertanggungjawab ialah Imran 
                  selalu mengambil Norhayati balik dari pengajaran di sekolah serta sentiasa 
                  menjaga keperluan isteri dan anaknya.
   
           2) SEORANG YANG BERPEGANG PADA JANJI,
                - Sebelum dia berkahwin dengan Norhayati, dia telah berjanji ingin berkahwin 
                   dengan Norasma tetapi niat tidak tercapai dan dia telah berkahwin dengan 
                   Norhayati selepas itu Norasma muncul kembali dalam hidup Imran perasaan 
                   bersalah Imran terhadap Norasma masih menebal dan Imran masih ingat 
                   janjinya dengan Norasma dan Imran ingin tunaikan janjinya dengan Norasma.

           3) SEORANG YANG CEPAT MENERIMA TEGURAN,
                - Imran mudah ditegur dan menerima nasihat kawan dengan baik, iaitu Zahid 
                   cuba menasihati Imran agar berfikiran panjang sebelum membuat keputusan. 
                   Akhirnya Imran menerima teguran kawannya dengan baik.

            4) NAMUN IMRAN MEMPUNYAI SIFAT NEGATIF SEDIKIT,
                 - Imran tidak memikirkan perasaan Norhayati dan berniat ingin berkahwin 
                    dengan Norasma walaupun Norhayati membenarkan Imran berkahwin 
                    dengan Norasma.
                 - Imran tidak ambil peduli perasaan isterinya dengan membuat permintaan 
                    yang begitu berat buat Norhayati.

             5) IMRAN BERFIKIRAN MATANG DAN BIJAK MEMBUAT 
                  KEPUTUSAN.
                  - Imran berfikiran matang serta bijak membuat keputusan iaitu dia akhirnya 
                     memilih jalan yang betul dengan tidakmengahwini Norasma dan akhirnya dia 
                     kekal bersama isteri dan anaknya selamanya.

NORASMA:
  • Berusia 29 tahun, bekas kekasih Imran.
  • Norasma bekerja di sebuah firma di Johor Bahru, sebagai eksekutif pemasaran.   
             1) SEORANG YANG MENERIMA KETENTUAN ILAHI,
                  - Norasma akur dengan peristiwa yang menimpanya dan tidak menyalahkan 
                     sesiapa pun di atas yang menimpa dirinya. Norasma reda dengan apa yang
                     telah berlaku ke atas hidupnya.
                  - Norasma hidup sebatang kara, mak dan ayahnya sudah meninggal dunia, 
                     manakala adiknya pula berada di pusat pemulihan mental.
                  - Norasma pernah terlibat dalam suatu kemalangan bersama Imran semasa 
                     bersama belajar di IPTA.

            2) NORASMA YANG BERFIKIRAN POSITIF DAN MEMAHAMI 
                 PERASAAN SESAMA WANITA
                   - Norasma berfikiran positif dan tidak berniat untuk menghancurkan rumah 
                      tangga Imran dan Norhayati dengan tidak berkahwin dengan Imran dan 
                      Norasma juga menyatakan kepada Imran dia tidak akan menghancurkan 
                      perasaan Norhayati kerana Norhayati seorang isteri yang baik dan sanggup 
                      berkorban untuk Imran dengan membenarkan Imran berkahwin dengan 
                      Norasma.
               
NORHAYATI:
  • Berusia 29 tahun, merupakan isteri kepada Imran.
  • Seorang guru.
            1) SEORANG YANG BAIK HATI,
                 - Dapat kita lihat pada watak Norhayati yang baik hati dengan sesiapa saja, dan
                    dia baik hati kerana membenarkan suaminya berkahwin dengan Norasma.

             2) NORHAYATI MERUPAKAN IBU KEPADA CAHAYA MATA IMRAN.

             3) SEORANG YANG TABAH, 
                   - Segala dugaan yang datang diterima dan bersabar dengan ujian yang 
                      menimpa ke atas dirinya dan sentiasa berdoa kepada Yang Esa agar 
                      ujian ini akan berakhir dengan cepat. 

             4) SEORANG ISTERI YANG SANGGUP BERKORBAN UNTUK 
                  SUAMINYA,
                   - Norhayati yang sanggup berkorban untuk suaminya dengan merelakan 
                      suaminya berkahwin dengan Norasma dan rela berkongsi kasih
                      sayang dengan orang lain.


DR MONA:
  • Berusia 29 tahun, bekerja sebagai doktor.
  • Merupakan kawan kepada Norhayati dan Dr. Mona merupakan doktor kepada Norasma. 
  • Dr. Mona merupakan seorang kawan yang prihatin terhadap kawan serta sudi mendengar setiap luahan masalah daripada Norhayati.
  • Seorang yang penyabar, iaitu Dr. Mona seorang yang penyabar mendengar permasalahan yang dihadapi oleh Norhayati.
  • Seorang pendengar yang setia, iaitu Dr. Mona setia mendengar setiap permasalahan Norhayati sebagai kawannya dan Norasma sebagai pesakitnya.

  
ZAHID: 
  • Berusia 32 tahun, merupakan ketua di tempat Imran bekerja dan kawan kepada Imran.
  • Seorang sahabat yang setia mendengar luahan hati sahabatnya, iaitu Zahid setia mendengar masalah yang dihadapi oleh Imran dan Zahid cuba dengan sedaya mungkin untuk menolong Imran.
  • Seorang yang baik hati dan jujur menolong kawan, iaitu Zahid jujur menolong Imran agar Imran tidak bersalah membuat keputusan yang terburu-buru.
  • Seorang yang tegas dalam bekerja, iaitu Zahid tegas semasa bekerja walaupun dengan kawan sendiri, ini dapat dilihat Zahid menegur Imran yang sejak akhir-akhir ini komitmen Imran dalam pekerjaan kurang memberangsangkan. 

PLOT DAN TEKNIK PLOT

PLOT:

PERMULAAN

  • Memaparkan kisah kehidupan Imran yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata dan bakal mendapat seorang cahaya mata seorang lagi. Namun disebalik perkahwinan yang bahagia itu, terselit sebuah kenangan silam Imran, iaitu Imran sebelum ini telah mempunyai teman wanita sebelum Imran berkahwin dengan Norhayati.
PERKEMBANGAN
  • Teman wanita Imran yang lama telah muncul kembali dalam hidup Imran. Imran dan Asma akhirnya berjumpa semula, masing-masing bertanya khabar. Imran berasa bersalah kerana telah mungkir janji dengan Asma, dan Imran ingin menebus janjinya dengan Asma dahulu iaitu akan jadikan Asma sebagai isterinya. Disebabkan kemalangan itu, Asma telah sakit dan janji Imran pada Asma pada masa itu akan berkahwin dengan Asma selepas sembuh dari kecederaan tersebut, Namun selepas kemalangan itu Imran sudah mencari Asma dimerata tempat tetapi tidak juga ditemui.  Dan selepas dari itu, hubungan mereka berdua putus tanpa khabar berita. Tetapi dalam kegembiraan Imran bersama keluarganya Asma telah wujud semula dan bertanya akan janji Imran terhadapnya dulu.
PUNCAK
  • Konflik jiwa telah berlaku terhadap Imran, sehubungan itu juga Imran sekarang sedang bermain dengan perasaan sendiri kerana Imran masih dengan janjinya untuk mengahwini Norasma. Pelbagai perasaan tertekan telah menimpa Imran, namun Imran telah ditenteramkan oleh Zahid dengan pelbagai nasihat dan pertolongan agar Imran dapat membuat keputusan dengan yang baik untuk dirinya dan keluarganya sendiri.
PELERAIAN
  • Cerita menuju peleraian apabila akhirnya Imran telah membuat keputusan yang sewajarnya bagi dirinya, isteri dan anaknya dengan membuat keputusan yang sewajarnya telah dibuat. Namun,Norhayati menerimanya dengan redha dan menghormati apa pun keputusan suaminya itu. Yati menyangkakan suaminya akan berkahwin dengan wanita tersebut. Tetapi dari mulut Imran sendiri Yati mendengar bahawa Imran dan Asma akan ikut haluan masing-masing untukbertaubat dan Asma akan ke Makkah dan Imran selamanya bersama isteri tersayang dan cahaya matanya. Akhirnya Yati amat terharu dengan keputusan Imran. Mereka berdua saling berpandangan dan tersenyum.

TEKNIK PLOT:

1) MONOLOG
  • Contoh yang terdapat dalam drama ini ialah pada muka surat 285,
                         Imran: Asma? Apa sudah jadi pada kau? Aku ingat kau pasti sudah
                                 kahwin, sudah punyai anak-anak. Atau, kalau belum. Sayang....
                                 ini semua sebab akulah. Macam mana dia datang nak tuntut janjinya
                                 dulu, aduh! Parah aku. Macam mana pula dengan Yati? Hasnita?
                                 Dan yang bakal lahir tu? Aduh, pening kepala aku memikirkannya!


2) KEJUTAN
  • Contoh yang terdapat dalam drama ini ialah Norasma terkejut dengan tindakan Imran yang memberitahu perkara yang sebenar kepada isterinya,
  • Teknik ini kita boleh lihat pada muka surat 322.
                         Norasma: (terkejut) Kau..Kau beritahu Norhayati? Kau ceritakan
                                                        semuanya? Er..habis tu apa reaksinya?



3) SUSPEN
  • Contoh yang terdapat dalam drama ini ialah ketika Imran ingin memberitahu kepada isterinya sesuatu perkara dan isterinya tertanya-tanya benda apa yang ingin diberitahu oleh Imran, boleh kita lihat pada muka surat 318
                         Imran: Abang nak cakap sesuatu dengan Yati...Boleh?
                                  Norhayati: Tentulah boleh, cakaplah
                                 Imran: Mungkin Yati hairan dengan perubahan sikap abang sejak
                                                 akhir-akhir ini. Maafkan abang kerana membuat Yati risau
                                                 dan serba salah terhadap abang. (Diam seketika) Sebenarnya
                                                 abang ada sebab jadi macam tu, Yati...



4) IMBAS KEMBALI
  • Imran dan Norasma mengenang kembali peristiwa lepas iaitu peristiwa kemalangan mereka berdua semasa belajar di Universiti. Teknik ini dapat kita lihat pada muka surat 291 hingga 295.