SELAMAT DATANG...

Thursday, 29 November 2012

WATAK DAN PERWATAKAN

IMRAN:

  • Imran berusia 30-an, merupakan suami kepada Norhayati dan merupakan bekas kekasih Norasma semasa mereka belajar bersama-sama semasa di IPTA.  
           1) SEORANG YANG BERTANGGUNGJAWAB,
                -Bukti yang menunjukkan Imran seorang yang bertanggungjawab ialah Imran 
                  selalu mengambil Norhayati balik dari pengajaran di sekolah serta sentiasa 
                  menjaga keperluan isteri dan anaknya.
   
           2) SEORANG YANG BERPEGANG PADA JANJI,
                - Sebelum dia berkahwin dengan Norhayati, dia telah berjanji ingin berkahwin 
                   dengan Norasma tetapi niat tidak tercapai dan dia telah berkahwin dengan 
                   Norhayati selepas itu Norasma muncul kembali dalam hidup Imran perasaan 
                   bersalah Imran terhadap Norasma masih menebal dan Imran masih ingat 
                   janjinya dengan Norasma dan Imran ingin tunaikan janjinya dengan Norasma.

           3) SEORANG YANG CEPAT MENERIMA TEGURAN,
                - Imran mudah ditegur dan menerima nasihat kawan dengan baik, iaitu Zahid 
                   cuba menasihati Imran agar berfikiran panjang sebelum membuat keputusan. 
                   Akhirnya Imran menerima teguran kawannya dengan baik.

            4) NAMUN IMRAN MEMPUNYAI SIFAT NEGATIF SEDIKIT,
                 - Imran tidak memikirkan perasaan Norhayati dan berniat ingin berkahwin 
                    dengan Norasma walaupun Norhayati membenarkan Imran berkahwin 
                    dengan Norasma.
                 - Imran tidak ambil peduli perasaan isterinya dengan membuat permintaan 
                    yang begitu berat buat Norhayati.

             5) IMRAN BERFIKIRAN MATANG DAN BIJAK MEMBUAT 
                  KEPUTUSAN.
                  - Imran berfikiran matang serta bijak membuat keputusan iaitu dia akhirnya 
                     memilih jalan yang betul dengan tidakmengahwini Norasma dan akhirnya dia 
                     kekal bersama isteri dan anaknya selamanya.

NORASMA:
  • Berusia 29 tahun, bekas kekasih Imran.
  • Norasma bekerja di sebuah firma di Johor Bahru, sebagai eksekutif pemasaran.   
             1) SEORANG YANG MENERIMA KETENTUAN ILAHI,
                  - Norasma akur dengan peristiwa yang menimpanya dan tidak menyalahkan 
                     sesiapa pun di atas yang menimpa dirinya. Norasma reda dengan apa yang
                     telah berlaku ke atas hidupnya.
                  - Norasma hidup sebatang kara, mak dan ayahnya sudah meninggal dunia, 
                     manakala adiknya pula berada di pusat pemulihan mental.
                  - Norasma pernah terlibat dalam suatu kemalangan bersama Imran semasa 
                     bersama belajar di IPTA.

            2) NORASMA YANG BERFIKIRAN POSITIF DAN MEMAHAMI 
                 PERASAAN SESAMA WANITA
                   - Norasma berfikiran positif dan tidak berniat untuk menghancurkan rumah 
                      tangga Imran dan Norhayati dengan tidak berkahwin dengan Imran dan 
                      Norasma juga menyatakan kepada Imran dia tidak akan menghancurkan 
                      perasaan Norhayati kerana Norhayati seorang isteri yang baik dan sanggup 
                      berkorban untuk Imran dengan membenarkan Imran berkahwin dengan 
                      Norasma.
               
NORHAYATI:
  • Berusia 29 tahun, merupakan isteri kepada Imran.
  • Seorang guru.
            1) SEORANG YANG BAIK HATI,
                 - Dapat kita lihat pada watak Norhayati yang baik hati dengan sesiapa saja, dan
                    dia baik hati kerana membenarkan suaminya berkahwin dengan Norasma.

             2) NORHAYATI MERUPAKAN IBU KEPADA CAHAYA MATA IMRAN.

             3) SEORANG YANG TABAH, 
                   - Segala dugaan yang datang diterima dan bersabar dengan ujian yang 
                      menimpa ke atas dirinya dan sentiasa berdoa kepada Yang Esa agar 
                      ujian ini akan berakhir dengan cepat. 

             4) SEORANG ISTERI YANG SANGGUP BERKORBAN UNTUK 
                  SUAMINYA,
                   - Norhayati yang sanggup berkorban untuk suaminya dengan merelakan 
                      suaminya berkahwin dengan Norasma dan rela berkongsi kasih
                      sayang dengan orang lain.


DR MONA:
  • Berusia 29 tahun, bekerja sebagai doktor.
  • Merupakan kawan kepada Norhayati dan Dr. Mona merupakan doktor kepada Norasma. 
  • Dr. Mona merupakan seorang kawan yang prihatin terhadap kawan serta sudi mendengar setiap luahan masalah daripada Norhayati.
  • Seorang yang penyabar, iaitu Dr. Mona seorang yang penyabar mendengar permasalahan yang dihadapi oleh Norhayati.
  • Seorang pendengar yang setia, iaitu Dr. Mona setia mendengar setiap permasalahan Norhayati sebagai kawannya dan Norasma sebagai pesakitnya.

  
ZAHID: 
  • Berusia 32 tahun, merupakan ketua di tempat Imran bekerja dan kawan kepada Imran.
  • Seorang sahabat yang setia mendengar luahan hati sahabatnya, iaitu Zahid setia mendengar masalah yang dihadapi oleh Imran dan Zahid cuba dengan sedaya mungkin untuk menolong Imran.
  • Seorang yang baik hati dan jujur menolong kawan, iaitu Zahid jujur menolong Imran agar Imran tidak bersalah membuat keputusan yang terburu-buru.
  • Seorang yang tegas dalam bekerja, iaitu Zahid tegas semasa bekerja walaupun dengan kawan sendiri, ini dapat dilihat Zahid menegur Imran yang sejak akhir-akhir ini komitmen Imran dalam pekerjaan kurang memberangsangkan. 

No comments:

Post a Comment