SELAMAT DATANG...

Thursday, 29 November 2012

WATAK DAN PERWATAKAN

IMRAN:

  • Imran berusia 30-an, merupakan suami kepada Norhayati dan merupakan bekas kekasih Norasma semasa mereka belajar bersama-sama semasa di IPTA.  
           1) SEORANG YANG BERTANGGUNGJAWAB,
                -Bukti yang menunjukkan Imran seorang yang bertanggungjawab ialah Imran 
                  selalu mengambil Norhayati balik dari pengajaran di sekolah serta sentiasa 
                  menjaga keperluan isteri dan anaknya.
   
           2) SEORANG YANG BERPEGANG PADA JANJI,
                - Sebelum dia berkahwin dengan Norhayati, dia telah berjanji ingin berkahwin 
                   dengan Norasma tetapi niat tidak tercapai dan dia telah berkahwin dengan 
                   Norhayati selepas itu Norasma muncul kembali dalam hidup Imran perasaan 
                   bersalah Imran terhadap Norasma masih menebal dan Imran masih ingat 
                   janjinya dengan Norasma dan Imran ingin tunaikan janjinya dengan Norasma.

           3) SEORANG YANG CEPAT MENERIMA TEGURAN,
                - Imran mudah ditegur dan menerima nasihat kawan dengan baik, iaitu Zahid 
                   cuba menasihati Imran agar berfikiran panjang sebelum membuat keputusan. 
                   Akhirnya Imran menerima teguran kawannya dengan baik.

            4) NAMUN IMRAN MEMPUNYAI SIFAT NEGATIF SEDIKIT,
                 - Imran tidak memikirkan perasaan Norhayati dan berniat ingin berkahwin 
                    dengan Norasma walaupun Norhayati membenarkan Imran berkahwin 
                    dengan Norasma.
                 - Imran tidak ambil peduli perasaan isterinya dengan membuat permintaan 
                    yang begitu berat buat Norhayati.

             5) IMRAN BERFIKIRAN MATANG DAN BIJAK MEMBUAT 
                  KEPUTUSAN.
                  - Imran berfikiran matang serta bijak membuat keputusan iaitu dia akhirnya 
                     memilih jalan yang betul dengan tidakmengahwini Norasma dan akhirnya dia 
                     kekal bersama isteri dan anaknya selamanya.

NORASMA:
  • Berusia 29 tahun, bekas kekasih Imran.
  • Norasma bekerja di sebuah firma di Johor Bahru, sebagai eksekutif pemasaran.   
             1) SEORANG YANG MENERIMA KETENTUAN ILAHI,
                  - Norasma akur dengan peristiwa yang menimpanya dan tidak menyalahkan 
                     sesiapa pun di atas yang menimpa dirinya. Norasma reda dengan apa yang
                     telah berlaku ke atas hidupnya.
                  - Norasma hidup sebatang kara, mak dan ayahnya sudah meninggal dunia, 
                     manakala adiknya pula berada di pusat pemulihan mental.
                  - Norasma pernah terlibat dalam suatu kemalangan bersama Imran semasa 
                     bersama belajar di IPTA.

            2) NORASMA YANG BERFIKIRAN POSITIF DAN MEMAHAMI 
                 PERASAAN SESAMA WANITA
                   - Norasma berfikiran positif dan tidak berniat untuk menghancurkan rumah 
                      tangga Imran dan Norhayati dengan tidak berkahwin dengan Imran dan 
                      Norasma juga menyatakan kepada Imran dia tidak akan menghancurkan 
                      perasaan Norhayati kerana Norhayati seorang isteri yang baik dan sanggup 
                      berkorban untuk Imran dengan membenarkan Imran berkahwin dengan 
                      Norasma.
               
NORHAYATI:
  • Berusia 29 tahun, merupakan isteri kepada Imran.
  • Seorang guru.
            1) SEORANG YANG BAIK HATI,
                 - Dapat kita lihat pada watak Norhayati yang baik hati dengan sesiapa saja, dan
                    dia baik hati kerana membenarkan suaminya berkahwin dengan Norasma.

             2) NORHAYATI MERUPAKAN IBU KEPADA CAHAYA MATA IMRAN.

             3) SEORANG YANG TABAH, 
                   - Segala dugaan yang datang diterima dan bersabar dengan ujian yang 
                      menimpa ke atas dirinya dan sentiasa berdoa kepada Yang Esa agar 
                      ujian ini akan berakhir dengan cepat. 

             4) SEORANG ISTERI YANG SANGGUP BERKORBAN UNTUK 
                  SUAMINYA,
                   - Norhayati yang sanggup berkorban untuk suaminya dengan merelakan 
                      suaminya berkahwin dengan Norasma dan rela berkongsi kasih
                      sayang dengan orang lain.


DR MONA:
  • Berusia 29 tahun, bekerja sebagai doktor.
  • Merupakan kawan kepada Norhayati dan Dr. Mona merupakan doktor kepada Norasma. 
  • Dr. Mona merupakan seorang kawan yang prihatin terhadap kawan serta sudi mendengar setiap luahan masalah daripada Norhayati.
  • Seorang yang penyabar, iaitu Dr. Mona seorang yang penyabar mendengar permasalahan yang dihadapi oleh Norhayati.
  • Seorang pendengar yang setia, iaitu Dr. Mona setia mendengar setiap permasalahan Norhayati sebagai kawannya dan Norasma sebagai pesakitnya.

  
ZAHID: 
  • Berusia 32 tahun, merupakan ketua di tempat Imran bekerja dan kawan kepada Imran.
  • Seorang sahabat yang setia mendengar luahan hati sahabatnya, iaitu Zahid setia mendengar masalah yang dihadapi oleh Imran dan Zahid cuba dengan sedaya mungkin untuk menolong Imran.
  • Seorang yang baik hati dan jujur menolong kawan, iaitu Zahid jujur menolong Imran agar Imran tidak bersalah membuat keputusan yang terburu-buru.
  • Seorang yang tegas dalam bekerja, iaitu Zahid tegas semasa bekerja walaupun dengan kawan sendiri, ini dapat dilihat Zahid menegur Imran yang sejak akhir-akhir ini komitmen Imran dalam pekerjaan kurang memberangsangkan. 

PLOT DAN TEKNIK PLOT

PLOT:

PERMULAAN

  • Memaparkan kisah kehidupan Imran yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata dan bakal mendapat seorang cahaya mata seorang lagi. Namun disebalik perkahwinan yang bahagia itu, terselit sebuah kenangan silam Imran, iaitu Imran sebelum ini telah mempunyai teman wanita sebelum Imran berkahwin dengan Norhayati.
PERKEMBANGAN
  • Teman wanita Imran yang lama telah muncul kembali dalam hidup Imran. Imran dan Asma akhirnya berjumpa semula, masing-masing bertanya khabar. Imran berasa bersalah kerana telah mungkir janji dengan Asma, dan Imran ingin menebus janjinya dengan Asma dahulu iaitu akan jadikan Asma sebagai isterinya. Disebabkan kemalangan itu, Asma telah sakit dan janji Imran pada Asma pada masa itu akan berkahwin dengan Asma selepas sembuh dari kecederaan tersebut, Namun selepas kemalangan itu Imran sudah mencari Asma dimerata tempat tetapi tidak juga ditemui.  Dan selepas dari itu, hubungan mereka berdua putus tanpa khabar berita. Tetapi dalam kegembiraan Imran bersama keluarganya Asma telah wujud semula dan bertanya akan janji Imran terhadapnya dulu.
PUNCAK
  • Konflik jiwa telah berlaku terhadap Imran, sehubungan itu juga Imran sekarang sedang bermain dengan perasaan sendiri kerana Imran masih dengan janjinya untuk mengahwini Norasma. Pelbagai perasaan tertekan telah menimpa Imran, namun Imran telah ditenteramkan oleh Zahid dengan pelbagai nasihat dan pertolongan agar Imran dapat membuat keputusan dengan yang baik untuk dirinya dan keluarganya sendiri.
PELERAIAN
  • Cerita menuju peleraian apabila akhirnya Imran telah membuat keputusan yang sewajarnya bagi dirinya, isteri dan anaknya dengan membuat keputusan yang sewajarnya telah dibuat. Namun,Norhayati menerimanya dengan redha dan menghormati apa pun keputusan suaminya itu. Yati menyangkakan suaminya akan berkahwin dengan wanita tersebut. Tetapi dari mulut Imran sendiri Yati mendengar bahawa Imran dan Asma akan ikut haluan masing-masing untukbertaubat dan Asma akan ke Makkah dan Imran selamanya bersama isteri tersayang dan cahaya matanya. Akhirnya Yati amat terharu dengan keputusan Imran. Mereka berdua saling berpandangan dan tersenyum.

TEKNIK PLOT:

1) MONOLOG
  • Contoh yang terdapat dalam drama ini ialah pada muka surat 285,
                         Imran: Asma? Apa sudah jadi pada kau? Aku ingat kau pasti sudah
                                 kahwin, sudah punyai anak-anak. Atau, kalau belum. Sayang....
                                 ini semua sebab akulah. Macam mana dia datang nak tuntut janjinya
                                 dulu, aduh! Parah aku. Macam mana pula dengan Yati? Hasnita?
                                 Dan yang bakal lahir tu? Aduh, pening kepala aku memikirkannya!


2) KEJUTAN
  • Contoh yang terdapat dalam drama ini ialah Norasma terkejut dengan tindakan Imran yang memberitahu perkara yang sebenar kepada isterinya,
  • Teknik ini kita boleh lihat pada muka surat 322.
                         Norasma: (terkejut) Kau..Kau beritahu Norhayati? Kau ceritakan
                                                        semuanya? Er..habis tu apa reaksinya?



3) SUSPEN
  • Contoh yang terdapat dalam drama ini ialah ketika Imran ingin memberitahu kepada isterinya sesuatu perkara dan isterinya tertanya-tanya benda apa yang ingin diberitahu oleh Imran, boleh kita lihat pada muka surat 318
                         Imran: Abang nak cakap sesuatu dengan Yati...Boleh?
                                  Norhayati: Tentulah boleh, cakaplah
                                 Imran: Mungkin Yati hairan dengan perubahan sikap abang sejak
                                                 akhir-akhir ini. Maafkan abang kerana membuat Yati risau
                                                 dan serba salah terhadap abang. (Diam seketika) Sebenarnya
                                                 abang ada sebab jadi macam tu, Yati...



4) IMBAS KEMBALI
  • Imran dan Norasma mengenang kembali peristiwa lepas iaitu peristiwa kemalangan mereka berdua semasa belajar di Universiti. Teknik ini dapat kita lihat pada muka surat 291 hingga 295.

TEMA DAN PERSOALAN DRAMA MENGGAPAI PELANGI:

TEMA:
Drama ini memaparkan tema 'pergolakan jiwa' yang dialami oleh Imran. Imran seorang suami yang baik dan bertanggungjawab mengalami konflik jiwa apabila Norasma, bekas teman sekuliahnya atau 'kekasihnya' sewaktu di universiti dulu tiba-tiba muncul kembali. Sewaktu berkasih Imran telah berjanji untuk mengahwini Norasma.

PERSOALAN:

1) BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KELUARGA

  • Imran digambarkan seorang yang bertanggungjawab dalam urusan kekeluargaan dan menjaga isteri dan juga anaknya dengan baik.
  • Dapat kita lihat contoh pada muka surat 287, dimana Imran bertanggungjawab isterinya pulang mengajar dari sekolah.


2) KEHIDUPAN YANG SERBA MODEN DAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI  
     YANG CANGGIH

  • Kesibukan masyarakat sekarang yang selalu menggunakan alat telekomunikasi walau dimana saja.
  • Disebabkan kehidupan yang serba moden sekarang kebanyakan masyarakat sekarang lebih banyak menggunakan alat telekomunikasi untuk berhubung antara satu sama lain, tidak kira bertujuan bertanya khabar atau bekerja.
  • Dalam drama ini, Imran selalu menerima panggilan telefon dari Zahid dan Norasma, selain itu, Norhayati juga selalu menggunakan telefon untuk menghubungi Dr. Mona apabila dia ada masalah tertentu.


3) BERPEGANG PADA JANJI

  • Sebelum berkahwin dengan Norhayati, Imran pernah berjanji dengan kekasih lamanya untuk berkahwin, namun kekasihnya telah menghilangkan diri selepas peristiwa kemalangan itu.
  • Norasma telah muncul semula dan Imran pula cuba mengotakan janjinya terhadap Norasma tetapi dia keliru dengan keputusannya itu.


4) BERFIKIRAN POSITIF SERTA MEMAHAMI PERASAAN SESAMA WANITA

  • Norasma memahami perasaan Norhayati sebagai isteri Imran walaupun Imran ingin mengotakan janjinya dengan mengahwini Norasma.
  • Norasma berfikiran positif dan tidak berniat untuk menghancurkan rumah tangga Imran dan Norhayati dengan tidak berkahwin dengan Imran dan Norasma juga menyatakan kepada Imran dia tidak akan menghancurkan perasaan Norhayati kerana Norhayati seorang isteri yang baik dan sanggup berkorban untuk Imran dengan membenarkan Imran berkahwin dengan Norasma.


5) RELA BERKORBAN DEMI ORANG YANG DISAYANGI

  • Norhayati digambarkan seorang yang sanggup berkorban dengan membenarkan suaminya berkahwin satu lagi demi mengotakan janjinya terhadap Norasma semasa mereka belajar bersama.
  • Norhayati begitu baik dan sanggup berkongsi kasih sayang dengan Norasma walaupun hatinya begitu pedih tetapi atas permintaan suaminya Norhayati akur dengan suaminya.